SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara perlu mengambil serius perlawanan menentang Timor-Leste dalam aksi kedua Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Stadium Rayong Provincial, Thailand pada Selasa.
Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkata, biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
“Setiap perlawanan perlu serius. Jangan pandang rendah pasukan lawan. Fizikal mereka juga baik untuk memberi saingan kepada skuad negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Skuad Harimau Muda negara memulakan langkah kanan dalam kempen AFF kali ini setelah menundukkan pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023, Indonesia 2-1 pada Jumaat.
Dalam pada itu, Irfan juga percaya ketua jurulatih, E Elavarasan mempunyai strategi ampuh dalam usaha meraih kemenangan kedua, sekali gus mara ke separuh akhir.
“Para pemain beraksi baik dalam aksi pertama. Apapun mereka perlu bersiap sedia daripada aspek fizikal serta mental untuk perlawanan kedua nanti,” ujarnya.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar pula melihat keyakinan skuad Harimau Muda kian meningkat setelah mengalahkan pasukan kuat seperti Indonesia sebelum ini.
Beliau berkata, Elavarasan sudah belajar daripada kesilapan pada Sukan SEA lalu apabila dapat membentuk pasukan yang mantap kali ini.
“Coach Ela menunjukkan peningkatan yang baik. Berjaya beri keyakinan kepada skuad. Percaturan dalam latihan diterap dengan baik oleh pemain,” jelasnya.
Azlan turut mengingatkan skuad muda negara bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak termasuk elemen kejutan.
“Para pemain Timor-Leste pasti akan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk memberi tentangan sengit kepada Malaysia yang dilabel sebagai pasukan kuat.
“Apapun berdasarkan kepada aksi pertama, Malaysia mampu menewaskan Timor-Leste,” katanya.
Jika berdasarkan rekod, tiada masalah buat skuad negara melepasi halangan tersebut kerana tidak pernah tewas kepada Timor-Leste sejak Sukan SEA 2009.
Kali terakhir Malaysia menentang Timor-Leste adalah pada Sukan SEA 2019 apabila skuad negara menang 4-0.
Kemenangan terbesar skuad negara adalah ketika membelasah Timor-Leste 11-0 pada Sukan SEA 2015 di Singapura. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023
Barisan pemain muda negara giat menjalani latihan menjelang aksi kedua menentang Timor-Leste dalam Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Mohd Syahrul Ishak dilantik CEO Al Rajhi Bank
Al Rajhi banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Pemulihan sektor pembuatan kekal kukuh
Pemulihan dalam pembuatan dijangka kekal utuh walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada mac berbanding 3.1 peratus pada Februari.
Lupakan insiden 2018, fokus aksi Selasa - Cheng Hoe
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu pemain-pemain skuad negara turun ke padang dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.